Saturday, June 18, 2011

3 buah novel CENDRAKASIH percuma ! Siapa nak?


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ELARA,

Sebagai tradisi yang mahu diteruskan, saya ingin memberikan 3 buah novel Cenderakasih saya kepada 3 orang pembaca blog ELARA secara percuma.

Syarat-syaratnya adalah:

1) Anda memiliki blog.
2) Anda sanggup membaca cerita kanak-kanak ini sehingga tamat (125 mukasurat sahaja)
3) Anda sanggup menulis 1 entri khas mengenai novel ini di halaman blog anda selepas itu. Mungkin tentang ceritanya atau tentang bagaimana anda memiliki novel tersebut.
4)Anda juga sanggup menyiarkan gambar novel ini /akan dikirimkan melalui e-mel.
5) Anda mestilah tinggal di dalam Malaysia. (kalau di luar negara, tak dapatlah saya menghantarnya)

Apa yang anda harus lakukan adalah:

Menghantar e-mel kepada saya dengan menyertakan:

1)Alamat/URL blog anda.
2)Nama penerima
3)Alamat rumah/ tempat ke mana buku ini perlu dihantar.
4)Nombor telefon anda (untuk urusan penghantaran.)

Hantarkan e-mel anda kepada saya di : pnmaria1@gmail.com

Siapa cepat, dialah dapat ya...Terima kasih banyak-banyak. Sebarang pertanyaan boleh disertakan di dalam e-mel anda.

*Saya juga masih menanti kelahiran dua buah novel dewasa dalam tahun ini.... Doakan segalanya berjalan dengan lancar.

4 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.