Saturday, February 25, 2012

Novel kanak-kanak terbaru saya, EPOI !


Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas saya telah menerima cover novel kanak-kanak saya yang terbaru iaitu EPOI. Kali ini novel kanak-kanak saya akan membawa kisah dunia kucing dan peperangan di antara dua kelompok besar. Satu kelompok menyayangi manusia dan satu kelompok lagi mendendami manusia.

Blurb:

“Malam tadi, dua ekor kucing di lorong ni dah hilang tak termasuk Bubu yang tidur di dalam sangkar. Tapi kesemuanya kucing belaan.” Sambil bercakap, Etam menggaru badannya dengan kaki belakang.
“Banyaknya. Takkan ada orang yang masuk rumah tuan Bubu dan mencurinya? Itu dah melampau.” Epoi semakin menumpukan perhatian.
“Abang… Putih juga hilang malam tadi.” Emi bersuara sambil memandang Epoi.
“Putih?!” Epoi terlompat.
Kehilangan kucing-kucing, di tempat tinggalnya telah membuatkan Epoi berasa gelisah. Sewaktu dia cuba mencari Bubu dan Putih, adik-adiknya Etam dan Emi pula telah hilang. Namun penemuan sebuah gua bercahaya di atas bukit, merungkai semua misteri tetapi kehadiran tuannya telah menjadikan keadaan bertambah rumit.
Demi menyelamatkan nyawa semua, Epoi terpaksa menentang Koko, seekor kucing parsi yang mendendami manusia...
Ikutilah kisah EPOI, seekor kucing yang sanggup berkorban demi adik-adik dan tuan yang disayanginya.
Jangan lupa dapatkan di pasaran nanti ya.... 

5 comments:

  1. Tahniah. Saya tumpang gembira. Seronok rasanya dapat melihat novel sendiri diterbitkan, ya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Tetamu Istimewa. Ya, alhamdulillah masih ada rezeki saya.

    ReplyDelete
  3. Allah sentiasa sahaja memberi rezeki kepada hambanya yang rajin berusaha.

    ReplyDelete
  4. Tahniah!! Bagaimana utk sy menghubungi saidari sbb ada sst yg sy ingin bertanya. .harap dapat membantu saya...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.